Friday, January 28, 2011

Alkisahnya

Lame sungguh tak bersihkan rumah ni, nama pon laman sesawang.memang bersawang la.

Rasenye memang rakan yg rapat dah tau kisah aku 3bulan yg lepas. Ok pendekkan cerita, mase tu kami dah tetapkan tarikh untuk menikah dan langsungkan kahwin, kiranya 5bln sebelum kahwin kami nak buat persediaan awal sbb takut kelam kabut. Tapi mungkin dah tertulis dan suratan takdir Allah, bakal ayah mentua terkena strok atau dalam bahasa melayu angin ahmar. Kejadiaan berlaku mase die tunggang moto nak ke masjid untuk azan subuh, die memang bilal di kampung, nasib baik tok iman, org masjid jmp awal, doktor scan tempurung kepala retak dan ada darah beku di otak. Sekali major operate, 2kali minor operate, dekat 21hari di icu dan koma, dekat sebulan di wad akhirnye die sedar dan boleh pulang ke rumah. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur dia walaupon fizikal dan fikiran die tak sama seperti sebelum ni, kami bersyukur die masih ada dgn kami (dalam pemulihan, dan perubahan positif setiap hari).

Banyak keadaan yang berlaku semase kejadian tu, kami hampir tangguhkan majlis, dgn perasaan emosi yang tertekan, tambah pulak Azmi anak sulung, adik-adik masih study, tanggungjawab tunangku amat besar masa tu.Macam mane die sedih dan tertekan, aku pon rase tempiasnya jgk. Masing-masing sabar, tabah dan kuat harung semua ni. Dan Alhamdulillah kami akan melangsungkan majlis seperti yang dirancang.

Semoga Allah permudahkan perjalanan kami, tetapkan hati kami, tabahkan hati kami untuk bersama. InsyaAllah..

++manis2pahit++

Thursday, August 12, 2010

Awarded Dari Cik Yatie


Pertama : Eh eh..tetiba kan dapat award padahal jarang hupdet. Anyway, thanks Cik Yatie.
Kedua : Eh..eh..kena tag org lain pulak.Ramai pulak tu 15org. So aku pilih Eena, Etty, Fara, Mell (Kucing Etty), Adik (Kucing Etty), Ah Boy (Kucing Etty-Sorry Etty aku xtau ade org lain ke yg bace blog aku.haha) dan Cik Yatie (bengang tak sebab kene semula) dan lelain sesape yg singgah blog ni.Aku ikhlas bagi award ni.
Ketiga : Ohh kene bgtau pulak, kire mcm aku bg ko award dan sila la amek. Ok dlm usaha smbil fikir lauk ape berbuka petang ni.
Keempat : Kene bgtau 7 perkara tentang diri sendiri. Baiklah..Ready ye jangan muntah nnt batal puasa.
1. Suke menyembang, gtalk, ym, fb chat, sms, call (mangsa - Azmi dan Eena)
2. Rase mcm cun je kalau pakai eyeliner hari2.Tapi bulan puase ni cube tak mekap, so dah 2 hari tak mekap.Maafkan jika muke nampak mcm org saket tak makan 7hari.
3. Suke kucing sama mcm Etty.Tapi sedih sbb keadaan sekarang tak mengizinkan utk bela kucing.
4. Suke Makan. Pengaruh keturunan dan keadaan tempat keje. Tak boleh blah tak nak salahkan diri sendiri. Ko sure bengang kan Yatie, padahal tghari akak yg tny nak pg mkn mane.
5. Asyik Niat nak diet kuruskan badan je tapi mcm tak berape berjaya. Ohh abaikan.
6. Sedang usaha rajin kan diri nak buat persiapan kahwin.Tapi sampai sekarang tak bergerak ape pon lagi.
7. Tunang saya jauh 4jam perjalanan naik kete/bas. Sobss..
++manis2pahit++

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan 1431 Hijrah

Assalammualaikum.

Alhamdulillah Allah panjangkan umurku untuk bertemu Ramadhan kali ini.
Persiapan ala kadar, beli barang dapur yg asas je beras, bawang, cili padi, telur, ikan bilis dengan harapan tahun ni nak masak untuk berbuka jadi jimat siket. Sebenarnye supaya tak terpengaruh dengan juadah dekat bazar yg ada macam-macam menyelerakan terliur contohnya murtabak, ayam panggang, nasi kerabu, roti jala, ikan bakar, keli masak sambal, mee rebus, mee kari, tauhu sumbat, kuih karipap, kuih popia basah, air laici, air tebu, air kelapa, mak aii sedapnya. Ini dah bukan contoh makanan, tapi senarai makanan yang rambang mata setiap kali Ramadhan. Tahun ni harap boleh kawal permakanan, mungkin berbuka nak makan bubur nasi, kalau beli kuih pon siket jeee. Bersahur pulak nak mkn buah kurma dengan air kosong. Puasa orang bujang memang ala kadar. Rindu nak balik kampung dan berbuka bersama mak dan abah tersayang. Tahun depan InsyaAllah bertemu Ramadhan bersama suami.Ehem..

Nota Puasa : Doa supaya kak cik dipermudahkan bersalin anak kedua.
Cube rajin untuk letak jejak dekat blog.

++manis2pahit++

Monday, July 5, 2010

Kunjungan Kehormat ke Johor

Dah lame tak tingalkan jejak kat sini..mcm takde mood dan takde idea
Kunjungan Kehormat Asmida..ok perasan menteri sbb mase sampai kat Kluang, Johor dieorg tgh sibuk dgn kunjungan TMJ, Tengku Mahkota Johor melawat rakyatnya. Cerita basi berminggu lepas.

Kawasan laluan ke kg, seram time malam

25,26,27 & 28 June 2010
Buat pertama kalinya aku sampai dkt kg tunangku, buat kali keduanya aku berjumpa keluarga dia.Pertama kali jumpa mase bertunang, mcm org dedulu pulak ye style kiteorg, padahal bercinta dah dekat 6 tahun. Perancangan nak dtg ke kg Azmi ni dah lame, sblm rancang nak bertunang lagi, pastu asyik tangguh je sebab aku sibuk, die sibuk, jauh pulak tu, nanti kene bermalam kat sana la itu la ini la.Tangguh punya tangguh kene datang lepas bertunang dan rasenye mmg lagi manis sket sebab dah ade status kan. Siap tido 3hari 3 malam lagi, konon cuti cuti Malaysia.Tunang plak siap excited lagi, semua tmpt la die nak bawak, sepanjang jalan bercerita itu ini dan aku kene paksa buat suara 'oooo' maksud faham walaupon skrng masih blur jalan itu ini.hehe..comel je mulut membebel die sepanjang jalan siap detail lagi dah mcm tourist guide.

Muke tanda faham dan spongebob berkata 'ooo'

Bersama kawan saya Miss.Spongebob

Seronok tgk penerimaan keluarga die, suasana kampung, mandi sejuk, ade kucing, nampaklah ayam lembu, ade sungai, kebun belakang rumah, pg umah mak sedara, ade pokok pucuk sayur manis (malu sbb aku tak tau pokok ape tu), borong kerepek dkt air hitam, siap beli bantal macam dkt umah aku takde jual bantal, pg Jusco Tebrau terbesar, pg Danga Bay, tmpt kerja Azmi, lalu umah sewa die, Kluang Railway cafe. Dan bakal mak mentua turunkan ilmu buat sambal belacan Jawa.hehe..Ok kene tambah ilmu masakan.

Muke masam Mr.Tunang sbb Miss Spongebob tak larat sebut 'ooo'

Konon model Jusco Tebrau

Thank you Mohd Azmi, jauh perjalan luas pemandangan.Kesian penat 4kali perjalanan pegi balik yg jauh.

I Love U.

++manis2pahit++

Saturday, May 15, 2010

Interview kali ke 6

Bersungguh aku nak dpt keje gomen tapi setiap kali dpt result mcm mls nak apply lg.Aku bukan ape nak keje gomen sbb aku nak kerja bahagian yg aku belajar dulu, sbb aku lagi minat dgn civil eng daripada mechi/electronic/instrumentation eng dan mungkin sbb pengaruh majoriti kawan aku dah dpt kerja yg aku apply. Aku harap tahun ni aku dpt keje ni, tapi kebarangkalian tu mcm sama je dgn sblm ni, ape pon aku kene redha. Kalau dpt tahun ni mmg rezeki aku baik, sbb tahun dpn aku nak kawin dan aku xnak duduk jauh lagi dgn Azmi.Bercinta jauh takkan dah kawin pon jauh.hmm..Semalam kali ke 6 aku pg temuduga.

Sbnrnye tgh emo dgn gigi bongsu ni degil nak keluar ke xnak, anak bongsu mmg ramai org ckp degil tapi kenapa gigi bongsu pon degil dan saket.

Malam tadi rase sedih, kenape bende kecik nak bergaduh,marah atau anything yg menyakitkan hati, cube la tanam sifat sabar dlm diri, byk lagi bende lain kite akan lalui. Masa yg panjang rasenya dah cukup utk sesorang tu mengenali hati budi org lain dan tau ape yg die suke ataupon x.Saya cube utk tidak menyuarakan apa yg saya suke lain kali, saya cuba, setakat hari ni saya dah tawar nak cerita bende tu lagi, esok lusa x tau la mungkin saya akan kongsi bende ni seorg diri.Hargai apa yg kita ada dan terima seadanya sebagaimana yg kita janji, cube la belajar mengambil hati org yg kita sayangi selagi bende tu x membebankan.Seorang lelaki yang memberi layanan baik kepada seorg wanita,InsyaAllah wanita itu akan hargai dan akan membalas layanan baik berkali ganda lbh dari apa yg die pernah dpt.Anyway, thanks sbb pujuk dan saya bersyukur dipertemukan dgn seorang yg cube berusaha ke arah kehidupan yg lbh bahagia.Love u.

- Tgh biasakan diri dgn panggilan baru bf kepada tunang.
- Ganti diri aku atau saya mmg kene letak pada tnpt yg sesuai, supaya penyampaian dpt disampaikan.

++manis2pahit++