Thursday, August 12, 2010

Awarded Dari Cik Yatie


Pertama : Eh eh..tetiba kan dapat award padahal jarang hupdet. Anyway, thanks Cik Yatie.
Kedua : Eh..eh..kena tag org lain pulak.Ramai pulak tu 15org. So aku pilih Eena, Etty, Fara, Mell (Kucing Etty), Adik (Kucing Etty), Ah Boy (Kucing Etty-Sorry Etty aku xtau ade org lain ke yg bace blog aku.haha) dan Cik Yatie (bengang tak sebab kene semula) dan lelain sesape yg singgah blog ni.Aku ikhlas bagi award ni.
Ketiga : Ohh kene bgtau pulak, kire mcm aku bg ko award dan sila la amek. Ok dlm usaha smbil fikir lauk ape berbuka petang ni.
Keempat : Kene bgtau 7 perkara tentang diri sendiri. Baiklah..Ready ye jangan muntah nnt batal puasa.
1. Suke menyembang, gtalk, ym, fb chat, sms, call (mangsa - Azmi dan Eena)
2. Rase mcm cun je kalau pakai eyeliner hari2.Tapi bulan puase ni cube tak mekap, so dah 2 hari tak mekap.Maafkan jika muke nampak mcm org saket tak makan 7hari.
3. Suke kucing sama mcm Etty.Tapi sedih sbb keadaan sekarang tak mengizinkan utk bela kucing.
4. Suke Makan. Pengaruh keturunan dan keadaan tempat keje. Tak boleh blah tak nak salahkan diri sendiri. Ko sure bengang kan Yatie, padahal tghari akak yg tny nak pg mkn mane.
5. Asyik Niat nak diet kuruskan badan je tapi mcm tak berape berjaya. Ohh abaikan.
6. Sedang usaha rajin kan diri nak buat persiapan kahwin.Tapi sampai sekarang tak bergerak ape pon lagi.
7. Tunang saya jauh 4jam perjalanan naik kete/bas. Sobss..
++manis2pahit++

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan 1431 Hijrah

Assalammualaikum.

Alhamdulillah Allah panjangkan umurku untuk bertemu Ramadhan kali ini.
Persiapan ala kadar, beli barang dapur yg asas je beras, bawang, cili padi, telur, ikan bilis dengan harapan tahun ni nak masak untuk berbuka jadi jimat siket. Sebenarnye supaya tak terpengaruh dengan juadah dekat bazar yg ada macam-macam menyelerakan terliur contohnya murtabak, ayam panggang, nasi kerabu, roti jala, ikan bakar, keli masak sambal, mee rebus, mee kari, tauhu sumbat, kuih karipap, kuih popia basah, air laici, air tebu, air kelapa, mak aii sedapnya. Ini dah bukan contoh makanan, tapi senarai makanan yang rambang mata setiap kali Ramadhan. Tahun ni harap boleh kawal permakanan, mungkin berbuka nak makan bubur nasi, kalau beli kuih pon siket jeee. Bersahur pulak nak mkn buah kurma dengan air kosong. Puasa orang bujang memang ala kadar. Rindu nak balik kampung dan berbuka bersama mak dan abah tersayang. Tahun depan InsyaAllah bertemu Ramadhan bersama suami.Ehem..

Nota Puasa : Doa supaya kak cik dipermudahkan bersalin anak kedua.
Cube rajin untuk letak jejak dekat blog.

++manis2pahit++