Thursday, August 12, 2010

Awarded Dari Cik Yatie


Pertama : Eh eh..tetiba kan dapat award padahal jarang hupdet. Anyway, thanks Cik Yatie.
Kedua : Eh..eh..kena tag org lain pulak.Ramai pulak tu 15org. So aku pilih Eena, Etty, Fara, Mell (Kucing Etty), Adik (Kucing Etty), Ah Boy (Kucing Etty-Sorry Etty aku xtau ade org lain ke yg bace blog aku.haha) dan Cik Yatie (bengang tak sebab kene semula) dan lelain sesape yg singgah blog ni.Aku ikhlas bagi award ni.
Ketiga : Ohh kene bgtau pulak, kire mcm aku bg ko award dan sila la amek. Ok dlm usaha smbil fikir lauk ape berbuka petang ni.
Keempat : Kene bgtau 7 perkara tentang diri sendiri. Baiklah..Ready ye jangan muntah nnt batal puasa.
1. Suke menyembang, gtalk, ym, fb chat, sms, call (mangsa - Azmi dan Eena)
2. Rase mcm cun je kalau pakai eyeliner hari2.Tapi bulan puase ni cube tak mekap, so dah 2 hari tak mekap.Maafkan jika muke nampak mcm org saket tak makan 7hari.
3. Suke kucing sama mcm Etty.Tapi sedih sbb keadaan sekarang tak mengizinkan utk bela kucing.
4. Suke Makan. Pengaruh keturunan dan keadaan tempat keje. Tak boleh blah tak nak salahkan diri sendiri. Ko sure bengang kan Yatie, padahal tghari akak yg tny nak pg mkn mane.
5. Asyik Niat nak diet kuruskan badan je tapi mcm tak berape berjaya. Ohh abaikan.
6. Sedang usaha rajin kan diri nak buat persiapan kahwin.Tapi sampai sekarang tak bergerak ape pon lagi.
7. Tunang saya jauh 4jam perjalanan naik kete/bas. Sobss..
++manis2pahit++

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan 1431 Hijrah

Assalammualaikum.

Alhamdulillah Allah panjangkan umurku untuk bertemu Ramadhan kali ini.
Persiapan ala kadar, beli barang dapur yg asas je beras, bawang, cili padi, telur, ikan bilis dengan harapan tahun ni nak masak untuk berbuka jadi jimat siket. Sebenarnye supaya tak terpengaruh dengan juadah dekat bazar yg ada macam-macam menyelerakan terliur contohnya murtabak, ayam panggang, nasi kerabu, roti jala, ikan bakar, keli masak sambal, mee rebus, mee kari, tauhu sumbat, kuih karipap, kuih popia basah, air laici, air tebu, air kelapa, mak aii sedapnya. Ini dah bukan contoh makanan, tapi senarai makanan yang rambang mata setiap kali Ramadhan. Tahun ni harap boleh kawal permakanan, mungkin berbuka nak makan bubur nasi, kalau beli kuih pon siket jeee. Bersahur pulak nak mkn buah kurma dengan air kosong. Puasa orang bujang memang ala kadar. Rindu nak balik kampung dan berbuka bersama mak dan abah tersayang. Tahun depan InsyaAllah bertemu Ramadhan bersama suami.Ehem..

Nota Puasa : Doa supaya kak cik dipermudahkan bersalin anak kedua.
Cube rajin untuk letak jejak dekat blog.

++manis2pahit++

Monday, July 5, 2010

Kunjungan Kehormat ke Johor

Dah lame tak tingalkan jejak kat sini..mcm takde mood dan takde idea
Kunjungan Kehormat Asmida..ok perasan menteri sbb mase sampai kat Kluang, Johor dieorg tgh sibuk dgn kunjungan TMJ, Tengku Mahkota Johor melawat rakyatnya. Cerita basi berminggu lepas.

Kawasan laluan ke kg, seram time malam

25,26,27 & 28 June 2010
Buat pertama kalinya aku sampai dkt kg tunangku, buat kali keduanya aku berjumpa keluarga dia.Pertama kali jumpa mase bertunang, mcm org dedulu pulak ye style kiteorg, padahal bercinta dah dekat 6 tahun. Perancangan nak dtg ke kg Azmi ni dah lame, sblm rancang nak bertunang lagi, pastu asyik tangguh je sebab aku sibuk, die sibuk, jauh pulak tu, nanti kene bermalam kat sana la itu la ini la.Tangguh punya tangguh kene datang lepas bertunang dan rasenye mmg lagi manis sket sebab dah ade status kan. Siap tido 3hari 3 malam lagi, konon cuti cuti Malaysia.Tunang plak siap excited lagi, semua tmpt la die nak bawak, sepanjang jalan bercerita itu ini dan aku kene paksa buat suara 'oooo' maksud faham walaupon skrng masih blur jalan itu ini.hehe..comel je mulut membebel die sepanjang jalan siap detail lagi dah mcm tourist guide.

Muke tanda faham dan spongebob berkata 'ooo'

Bersama kawan saya Miss.Spongebob

Seronok tgk penerimaan keluarga die, suasana kampung, mandi sejuk, ade kucing, nampaklah ayam lembu, ade sungai, kebun belakang rumah, pg umah mak sedara, ade pokok pucuk sayur manis (malu sbb aku tak tau pokok ape tu), borong kerepek dkt air hitam, siap beli bantal macam dkt umah aku takde jual bantal, pg Jusco Tebrau terbesar, pg Danga Bay, tmpt kerja Azmi, lalu umah sewa die, Kluang Railway cafe. Dan bakal mak mentua turunkan ilmu buat sambal belacan Jawa.hehe..Ok kene tambah ilmu masakan.

Muke masam Mr.Tunang sbb Miss Spongebob tak larat sebut 'ooo'

Konon model Jusco Tebrau

Thank you Mohd Azmi, jauh perjalan luas pemandangan.Kesian penat 4kali perjalanan pegi balik yg jauh.

I Love U.

++manis2pahit++

Saturday, May 15, 2010

Interview kali ke 6

Bersungguh aku nak dpt keje gomen tapi setiap kali dpt result mcm mls nak apply lg.Aku bukan ape nak keje gomen sbb aku nak kerja bahagian yg aku belajar dulu, sbb aku lagi minat dgn civil eng daripada mechi/electronic/instrumentation eng dan mungkin sbb pengaruh majoriti kawan aku dah dpt kerja yg aku apply. Aku harap tahun ni aku dpt keje ni, tapi kebarangkalian tu mcm sama je dgn sblm ni, ape pon aku kene redha. Kalau dpt tahun ni mmg rezeki aku baik, sbb tahun dpn aku nak kawin dan aku xnak duduk jauh lagi dgn Azmi.Bercinta jauh takkan dah kawin pon jauh.hmm..Semalam kali ke 6 aku pg temuduga.

Sbnrnye tgh emo dgn gigi bongsu ni degil nak keluar ke xnak, anak bongsu mmg ramai org ckp degil tapi kenapa gigi bongsu pon degil dan saket.

Malam tadi rase sedih, kenape bende kecik nak bergaduh,marah atau anything yg menyakitkan hati, cube la tanam sifat sabar dlm diri, byk lagi bende lain kite akan lalui. Masa yg panjang rasenya dah cukup utk sesorang tu mengenali hati budi org lain dan tau ape yg die suke ataupon x.Saya cube utk tidak menyuarakan apa yg saya suke lain kali, saya cuba, setakat hari ni saya dah tawar nak cerita bende tu lagi, esok lusa x tau la mungkin saya akan kongsi bende ni seorg diri.Hargai apa yg kita ada dan terima seadanya sebagaimana yg kita janji, cube la belajar mengambil hati org yg kita sayangi selagi bende tu x membebankan.Seorang lelaki yang memberi layanan baik kepada seorg wanita,InsyaAllah wanita itu akan hargai dan akan membalas layanan baik berkali ganda lbh dari apa yg die pernah dpt.Anyway, thanks sbb pujuk dan saya bersyukur dipertemukan dgn seorang yg cube berusaha ke arah kehidupan yg lbh bahagia.Love u.

- Tgh biasakan diri dgn panggilan baru bf kepada tunang.
- Ganti diri aku atau saya mmg kene letak pada tnpt yg sesuai, supaya penyampaian dpt disampaikan.

++manis2pahit++

Wednesday, May 5, 2010

Alhamdulillah - Tunangan Orang

1hb Lima 2010

Syukur Alhamdullilah, Majlis Pertunangan ku berjalan dengan lancar dan selamat.
Satu langkah ke hadapan dlm perhubungan kita.ewahh hehe..
Ape pon terima kasih terutama sekali dekat mak abah, keluarga yg plng sibuk menyediakan makanan melayan tetamu mengemas rumah, Mohd Azmi dan keluarganya, my lovely friends yg dtg Eena, Fara, Ainil, Hidayah, Noly, Kak Ela, Kak Azah, Kak Intan, Poyang, Aja, Ema ehh ramai lagi dan semua tetamu yg hadir.
Terharu sgt sebab majlis saya meriah, abah siap sponser 2 khemah, makanan nyummy sedap teringat sampai sekarang. Aku siap mkn 2 kali lps majlis, pastu mlm makan lagi, melampau di situ. Apsal cerita pasal makan ni.heh..Dan terima kasih dekat jiran-jiran yg sudi bagi extra hantaran dekat Azmi, sukelah die dpt makan kek dengan chocholate banyak.

Fiancee & Fiance

Letak 1 gambar dulu, nnt ade mase baru upload gambar lain, cerita sepanjang majlis pon ade memacam style.

++manis2pahit++

Wednesday, April 28, 2010

Esok balik kg

Selepas berhempas pulas 2,3 hari ni tido lambat nak siapkan barang hantaran akhirnya siap jgk, walaupon dikutuk oleh kakak ku sbb hantaran simple sgt, mmg tak sempat la nak tukar kalau korang kutuk mcm mane pon. dan yang penting ade aku kesah..cakcakcak..(azwan ali, fara minat) Hari ni rase happy tak sabar nak balik kg, excited nak bertunang belum dtg lagi, tapi ni excited nak balik kemas umah, kemas bilik, nak pegi kedai mak andam Sam Collection sbb warna veil tak sesuai dgn baju, nak jmp mak abah dengan mmg rindu dekat kg sbb dah lama tak balik. Malam ni nak ambil chocolate, esok pagi nak ambil cupcake dan harap sgt jangan la aku sesat, pastu ambil anak dara kecik ika teman aku balik kampung.

Sabtu nanti mesti baru datang perasaan seram sejuk, nervous, gembira, perasan cantik, takut, risau, blur dan memacam perasaan. Boleh agak sbb aku mmg mcm ni selalunye. Eena, Dayah dan Fara kalau sempat jgn lupe teman aku mase kene makeover, pastu boleh jadi juri tetap komen.

Doa semuanye selamat dan berjalan lancar.bye




Alololo..comel. Diambil dari gugel image

++manis2pahit++

Tuesday, April 27, 2010

Dugaan datang dan pergi

Dulu aku mmg hanya pasang telinga je kalau org cerita pasal dugaan org nak bertunang, dugaan nak membina masjid, dugaan org ketiga la, dugaan nafsu la. Dan aku tak pernah terfikir pon bende mcm ni satu hari nnt boleh jadi jgk dekat sesape termasuk aku.Dugaan dtg dlm pelbagai bentuk.Baru-baru ni bile kedua belah keluarga dah tetap tarikh bertunang, ttbe mak aku perlu menjalani pembedahan batu karang, dan mase tu aku cume fikir mungkin masuk wad 3hari sahaja. Seminggu sebelum mak aku masuk wad, kakak aku selaku tukang masak majlis sakit dan die mmg xboleh buat kerja berat, kene berehat dan tak boleh jadi chef kenduri aku.Mak aku masuk wad 19hb April, dan pembedahan pada 21hb April, mmg ade lebih kurang 8hari je lagi mak aku nak recover untuk kenduri, maklumla kenduri masak sendiri ni memacam kerja kene buat dan dekat kg mmg takde persiapan ape pon lagi. Pembedahan mengeluarkan batu karang berjaya tapi disebabkan bius separuh badan (aku tak tau istilah kedoktoran) menyebabkan tengkuk dan pinggang mak aku jadi kejang, tak boleh byk bergerak dan kene baring tanpa bantal selama beberapa hari. 4hari selepas tu baru ade tanda-tanda sembuh dah boleh bgn tapi tetap x boleh buat kerja ape. 6hari di wad, selama tu jgk aku fokus utk mak aku sembuh semula, risau sbb setiap kali mak ddk nak mkn atau minum, terus jadi saket kelapa, tengkuk dan pinggang, doktor pesan minum kopi bbyk, kalo tak sembuh mungkin akan buat rawatan lanjutan yg berisiko jgk.
Alhamdulillah, sabtu dah dapat kebenaran keluar wad dan pagi Isnin mak abah aku balik kg utk persiapan kenduri. Kemungkinan besar akan upah org memasak dan berdoa semuanye selamat dan berjalan lancar.

Opss hantaran tak siap lagi.

++manis2pahit++

Thursday, April 15, 2010

2 weeks utk kelam kabut

Alamak alamak - tiru anak buah aku kalo tak dpt mainan
Rase tak lama je lagi,tetiba fikir nak buat itu ini, saje bagi pening kepala. Tudung tak beli lagi, nak tempah online takut tak sama colour pulak, so sabtu ahad ni misi mencari tudung,aku nak pakai tudung yg simple je janji match dengan ape yg aku rancang. Lepastu ttbe teringin nak beads baju tunang tu, kalo rajin petang ni cari manik dan esok jahit. Nak beads yg besar mcm gambar bawah ni, bukan nak letak byk pon.
Gambar diambil dari google
Barang hantaran yg nak digubah tinggal suku je lagi, idea dah ade cume nak menghias kene ikut mood. Jgn terkejut nnt aku ade hand bouquet design by MyselftSendiriBerhad, rase teringin nampak sweet, eh alasan sebenar nak tutup perut dan bagi berseri sbb ade mini pelamin design by MyselfSendiriBerhad jgk. Draf dah ade, barang pon dah ade cume tak tau nnt jadi ape dekat mini pelamin tu, kalo cantik nnt aku berangan nak bukak butik pengantin bile umur dah 40.Tetibe berangan tapi ape pasal umur 40 baru nak buat.Xfaham.hahaha
Kunun mcm ni la yg teringin aku buat, eh dah buat sebenarnye.malu nak tunjuk
Cuti dah approve, Alhamdulillah. Minggu depan mak operation sbb ade batu karang, harap semuanye selamat dan mak cpt sembuh.Yong selaku tukang masak kenduri pon tak berape sihat, tak pela nnt ajak jiran je tolong masak. Cincin dengan barang hantaran aku semua dah ade dkt Johor. Harap semua yg dirancang berjalan lancar.Amin..
++manis2pahit++

Wednesday, April 7, 2010

Persiapan - banyak lagi tak buat

Dah seminggu lebih aku bermalasan nak siap kan hantaran, hati pon tgh runsing tak tenang fikirkan bende lain yg lagi penting buat masa sekarang. Jadi layankan gambar saja la..

Pomander

Bola-bola api

Kotak lutsinar ajaib

Bakul jajan biskut

Bunga rampai - tapi xtau mcm mane nak bagi berseri

Keadaan dlm bilik mmg selerak, sape ade penyakit asma atau resdung mmg xboleh masuk bilik aku buat mase skrng, sbb byk barang mungkin byk habuk yg aku tak nampak. Aku buat hantaran ni mengikut ilham dtg, kalo pukul 12mlm, 1 pagi dtg ilham ttbe jadi rajin.

Baju bertunang aku dah siap, nnt aku cerita. Alhamdulillah suke 90%.
++manis2pahit++

Friday, April 2, 2010

Inalillah

Semua org pon dah tau yg din beramboi dah meninggal.

Dan aku sebagai salah seorg peminat pagi era, sedih sbb lps ni dah xdpt nak dgr celoteh die mengusik org, mulut pandai menjawab, drama sebabak, sawancara dan plng suke mase die jadi juri raja lawak. Aku tak tau lepis ni konti radio mane plak nak jadikan teman mase drive pg keje sbb mst takde satu pon yg same bagi pendengar tukar mood baik di pagi hari.

Ape pon al-fatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..



++manis2pahit++

Thursday, March 25, 2010

Tilu - Ku Bukan Aku

Sekarang tgh suke dgr lagu ni. tgk mtv lagu ni mcm kat fun fair plak.hehe

Tilu - Ku Bukan Aku

Lama Sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pili

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

(ulang korus 2x)

++manis2pahit++

Tuesday, March 23, 2010

Suka dan Sedih

Jumaat lepas aku tetibe excited nak pakai baju kurung sbb Azmi dtg, die suke tgk aku pakai baju kurung. Aku tau memandu sorang selama 4 jam mst jemu dan penat, tapi sekali pon die tak merungut,siap belikan aku bunga burger lagi sbb mase balik keje aku merungut lapar,sweet.Misi kali ni die nak ambil semua barang hantaran untuk aku dan bagi makcik die hias dan cari cincin yg dlm dilema.Die smpt jmp mak abah aku dan mase tu timbang berat turun setengah kilo,yey terharu.
Sabtu tu kami ke Romantika cari bekas bunga rampai tapi takde berkenan.Bunga kat romantika cantik dan mampu milik,pasu pon murah, aku beli bekas balut polistren je tapi hilang tak dpt dikesan T_T.Bekas bunga rampai beli dkt KK Home Deco, nasib baik ade yg berkenan dan mengikut tema, beli 5 bekas je sbb besar. Teringin nak pg SSF tapi aku tak tau kat mane yg paling dekat, mls la nak ke KL, sesak je. Petang sabtu tu kami ke Putrajaya, konon nak tgk hot baloon tapi tunggu punye tunggu takde satu pon yg naik, Azmi sempat belikan otak-otak kempas, beriye puji otak-otak dari Johor paling sedap, nasib baik sedap mase tu cume pedas sket, kalo tak dah lama kene booo. Merajuk hot baloon tak naik,membebel penat cari parking sambil mengumpat ramai org pakai DSLR (sebenarnye dengki takde DSLR), jadinye rutin biasa lepak dekat dataran masjid Putrajaya, tetibe...


Gambar 1 : Tgk banyak kan, belon. Abaikan mknn dkt tgn, jmp Azmi bukan waktu diet
Gambar 2 : Cepat tunjuk dgn jari, mcm la org tak nampak
Gambar 3 : Teringin jgk tu
Gambar 4 : Tak perlu susah payah berebut cari parking, tepi jalan pon boleh nampak


Malam tu ke Alamanda bayar bill hp, jmp kawan Azmi, borak panjang. Ahad ke Mydin USJ, kat situ ade habib dgn Wah Chan. Tgk cincin, decide kalo ade yg berkenan dgn harga dan dlm bajet boleh terus beli. Aku berkenan cincin diamond yg dekat habib, tapi tak patut mintak sbb kene beli dua cincin atas permintaan keluarga, kalau 1 je mungkin boleh beli.Hmm..Dekat Wah Chan plak ade yang berkenan tapi saiz takde, kecik sgt ke jari aku ni.Pelik..Tak pe nnt kite cari lagi.

Pukul 2petang Azmi hantar aku balik.Macam biase SEDIH, mungkin setengah org akan fikir kami mcm mengade,bukannye tak boleh jmp lagi,bukan ade pertalian ape lagi, tapi perasaan mcm tu mmg akan dtg dgn sendiri, org yg dlm percintaan jarak jauh je yg tau perasaan tu, semua terletak pada takdir sbb kami tak mampu nak jaga atau ambil tahu kehidupan pasangan setiap hari. Kami tak boleh mintak tolong dkt pasangan jika ada kecemasan berlaku, semuanya kene buat sendiri, kami tak mampu nak kongsi saat-saat gembira tepat pada waktunya, kami tak mampu nak bagi semangat diantara satu sama lain di depan mata kalo ade bende buruk berlaku, kami tak mampu nak hantarkan makanan atau ubat jika salah sorang sakit, kami tak mampu jmp secara tiba-tiba jika salah sorang berkecil hati. Tapi kami cube sedaya upaya untuk jaga hubungan yg ada ni, cube terima dan selesaikan dugaan dgn hati yang terbuka, cube redha dgn rezeki yg kami ada, cube jaga diri memasing dari perkara yg tak diingini, cube berdoa setiap hari dipertemukan jodoh dan cube bekalkan diri kami dgn kepercayaan. Itu saja yg kami boleh lakukan.

I love U Azmi.

++manis2pahit++

Thursday, March 18, 2010

Penat

Cerita basi hujung minggu (versi panjang)

Sabtu pagi aku balik kampung dgn mak,abah dan anak buah teruna. Sabtu tu berehat dkt rumah,mak pulak ttbe saket belakang sampai ke kaki,mkn ubat+sapu minyak still tak jalan saketnye dan lepas maghrib terus bawak er hospital ti, nsb baik xde ape ape. Ahad pulak aku sibuk menjahit langsir putih tujuannye nnt cerita dan anak buah teruna aku tolong cuci kipas dgn mop lantai, terima kasih along nnt lps kenduri maksu belanje (mcm la die bace). Isnin pulak aku terbangun lmbt, lepas zuhur ajak mak aku cari butik andaman dkt pekan. Tak banyak pon kedai yg aku survey, aku tau ade 2,3 butik je yg menepati selera aku. Ade sebuah kedai andaman ni aku berkenan betul pelamin die, terus berangan kahwin dekat hotel, sket sket pusing kepala nak tengok pelamin cantik tu, siap ckp dkt mak cantikkan.hehe..gatal tetibe, padahal berkenan dekat pelamin terus booked untuk make up, photographer dgn sewa veil, bincang itu ini, mak plak kenal dgn owner die dan yay dpt diskaun sket dan bayar deposit.. Rase mcm awal sgt, tapi sebab aku tak pasti bile akan balik ti jadinya terus tempah dan settle. Lega sket.

Hari selasa tu,awal pagi sebelum subuh dah bergerak ke Ipoh, aku ade interview.Itu tujuan sebenar aku balik kg. Kali ni aku mmg study sket je, itu pon tntng isu semasa je, dan kali ni aku tak mengharap, dan tentukan semuanya pada rezeki. Kalo dpt pindah ke Perak, kalo tak dapat cube lagi.Kalo itu yg nak, jgn putus asa.

Nak buat list jgk la ape aku dah persiapkan dan yg belum siap.

Dah buat - Lapang dada
1. Tempah baju bertunang - siap 15hb, bayar balance
2. Makeup + sewa veil - balance bayar mase majlis atau lps majlis, cerita ni teringat balik pelamin pilihan hati, aku ni ssh nak berkenan
3. Photographer - yg ni ttbe je terpakse ambil sbb memasing keluarga aku kamera rosak la, tak cantik la, memacam alasan,pilih pon yg plng murah dgn butik pengantin, janji ade org nak ambil gmbr aku nnt, nota comel untuk bff tolong back up ye, bawak la kamera ape yg korang ade.
4. Hias hantaran - sekarang ni hari" aku tido lewat, maklum la pengubah unprofessional,1 bekas hantaran je ambil mase 2,3jam,hehe..aku dah berjaya hias 2 kotak mlm tadi, yg ni plak hasil aku dgn kakak sulung aku - 3ketul pomander alaa bunga bola tu, bunga tangan (tak perlu pon sebenarnye).Bunga pulak ade 2 jenis untuk hantaran aku,sbb mls nak pg kedai jauh aunty Jenny walaupon boleh dpt harga murah.
5. Dulang hantaran (mak aku pnggl semerit), lapik duduk, bekas tepak - serahkan dekat mak, katenye dah bgtau jiran nak pinjam, pandai mak jimat kos

Belum buat/Separuh jalan - Sesak nafas
1. Pesanan untuk bakal tunangku - Mari sesame ingt yg cincin belum dibeli
2. Bunga rampai - mane nak cari ni, setakat ni banyak yg tak berkenan, yg berkenan pon mahalnye..Kenape aku ari tu tak beli dlm Semua House.ishh
3. Tudung utk bertunang - yg ni mmg confius, baju aku warna light pink, pastu muke aku mcm tak sesuai warne pink, putih atau cream. Nnt la fikir
4. Bab kenduri kendara - serahkan dekat keluarga, ambil tahu sket je pasal menu, sedapnye masakan kenduri, aku mmg suke masakan kenduri.ttbe je nak bgtau kenapa ni asmida..(taip dlm keadaan lapar)
5. Mini Pelamin - kedengaran mengade kan, tapi ntah sbb ramai yg dah buat, rase teringin. Masih dlm perbincangan, kalo jadi pon buat sendiri je.Pelamin mini ala ala bajet.

Mini Pelamin yg kakak aku berkenan..hmm mcm rajin sgt la aku ni

6. Kurangkan berat bdn - masih usaha, tapi aku sedar bdn jenis aku ni mmg susah nak nampak ramping, so kene gembira dgn ape yg ade dan bersyukur aku dilahirkan sempurna sifat. Dalam pemerhatian, nak beli korset yg takde tulang besi tu.

Sebenarnye byk lagi tak buat. Kenapa panjang sgt taip kali ni.

++manis2pahit++

Wednesday, March 10, 2010

Blog Pengantin

Pembaharuan - Aku baru je kumpul link blog bakal pengantin/pengantin untuk rujukan sekarang, esok, luse dan masa depan.Boleh la kongsi tiru ilmu yg korang ade tu. Terima kasih dan semoga bahagia buat korang.



++manis2pahit++

Monday, March 8, 2010

Angka Satu (1)

Tgk ticker tinggal 1bulan 3minggu dan 3hari. Ape yg aku dah prepare? Tak banyak mane pon dan minggu ni sampai selasa dpn aku mmg bzy sbb kene study, yg ni lagi takut sbb hati tak semangat.

Ok cite balik ape yg aku beli dekat jalan TAR dgn Azmi, Eena, Fara dan Nasha. Nak kata kat sane murah tu tak la, tapi agak berbaloi sbb banyak pilihan yg aku berkenan dan aku dah malas pon nak cari tempat lain. Senarai barang hantaran dgn hiasan atas persetujuan aku :

Kedai Sin Yin, Semua House, Tingkat Bawah, Dapat Diskaun 10%
1. Lapik Dulang, warna Plain Cream, 11helai - harga Rm.2.80 sehelai
2. Bekas Cincin - warna gold, suke sgt - Rm.29.00
3. Rose Lace, warna pink, 9mtr/segulung - Rm. 4.90

cth dari gugel je ni

4. Bekas bunga rampai, warna gold, ni belah Azmi, 7 Biji - Rm.4.90satu
5. Polistren Bulat, Saiz dulang Semerit, 6 Biji - RM2.00satu

Kedai Kain Jakel, ramai betul SA dieorg, sbb tu nampak sentiasa ramai je
Harga kene pandai tawar, sebenarnye bile masuk sane jadi rambang mate, banyak pilihan, jadinye over bajet.Bile dah bayar,jalan kat luar rase mcm mahal, nasib baik aku suke kain tu.Mmg dah lame teringin nak pakai kain chiffon, ingt kan murah, sekali mcm tak sangke, sbb selame ari ni tak amek tau pon pasal jenis kain.Kain untuk hantaran sekali pakai mase nikah nnt.

Warna Ivory Chiffon Beaded, tapi tak la nnt nak buat mcm Miley Cyrus ni

6. Kain satin 4.5m utk Azmi
7. Kain chiffon 4m, satin 4m utk Asmida
8. Samping Azmi mcm keturunan raja

Kedai K.L Fancy Bridal Fabrics, Ground Floor, Semua House,
9. Kain lace bertunang yg sangat simple, yg ni pegang dlm 15minit terus setuju, sebab dah xlarat, tawar menawar dpt la angaran sepatutnye.Fuhh nasib baik..Warne lace mcm gold pon ade, mcm hijau gold pon ade, lapik dengan satin light pink.2m lace dan 4m satin.Ok ttibe seram sejuk sbb sampai sekarang tak tempah jahit lagi.gulp

Warne mcm ni, tapi lagi kosong dan kurang renda - diambil di gugel

Balik ni nak pg tempah baju, doakan baju tu dijahit sepenuh hati tanpa silap.byee

++manis2pahit++

Monday, March 1, 2010

Misi Mencari Hantaran

Amaran Awal : Cerita ni panjang dari Selangor ke Perak sampai Ke Johor

Hari ni tinggal 2 bulan je nak sampai tarikh sarung cincin, keje kat ofis mmg berlambak, dan takde mase nak cari contoh hantaran untuk ditiru. Aku mmg tak pandai nak hias hantaran ni, tapi demi memenuhi tuntutan bajet mmg aku kene buat sendiri.lagi pon mcm seronok je nak tgk hasil air tangan aku yg tak seberape, eh tapi belum buat lagi so tak boleh nak agak tahap mane kreatifnya aku.

Sebenarnya barang hantaran dah mula beli mase EndYearSale bulan December 2009.Tak tau kenape nak beli awal sgt, mase tu pon dpt beli perfume je, harga tanpa sale pon, saje mengada org lain shopping diri sendiri pon nak shopping jgk. Lepas tu hujung bulan January baru cari lagi separuh, kasut, kemeja, handbag, toiletries, belt & wallet. Ade kisah disebalik wallet yg jadi bukti aku kekadang kalut jugak.ok xnak cite. Mungkin itu petanda yg kiteorg tak boleh memandai fikir sendiri buat majlis tanpa bagi tahu family awal awal, bukan tak nak bgtau awal tapi sbb aku nak azmi dpt persetujuan family die dulu. Itu saje.

27/2/2010
Misi terbaru ni disertai oleh beberape jururunding perkahwinan yg tak pernah tamat pengajian andaman, Eena,Fara dgn Nasha (adik fara) dan Mr. & Miss Buyer. Janji tngl janji 8.30a.m, aku dgn Azmi amek Eena dgn Fara, breakfast dan ke jalan TAR, sempat sesat dan buat lawak sbb sesat, macam seronok pulak sesat bersama. Semua ceruk kedai pon nak masuk dari lorong" kecik kedai telekung, ke Semua House, Jakel, kedai Makcik Indon jual lace, kedai Madras pujaan Eena dan patah balik ke Semua House sbb terlupa baju bertunang, ade yg terlebih bajet dan mengikut bajet, keseluruhan barang dibeli mmg terlebih bajet. Penat tapi lebih kepada seronok, sbb dah lame kiteorg tak keluar mcm ni. Thanks korang, kesian tgk muke penat, mkn tempat sempit dgn pedas, fikirkan jalan,1st time rase melepak dekat kaki tangga dan bagi pandangan yg sesuai utk aku.sayang korang.

nnt la aku buat list barang dah beli.

++manis2pahit++

Thursday, February 18, 2010

Pemberitahuan - simpan tarikh ini

ttbe rase malu, tapi kene letak jgk. Persiapan baru 10% je.
Harapan daisy path ni akan ingatkan aku dgn byk keje yg belum disiapkan, sbb aku akan buat DIY hampir semua bende yg melibatkan hiasan. semoga berjaya.hehe

Daisypath Wedding tickers

Satu Mei Dua Ribu Sepuluh
Fiancee to be. InsyaAllah.

Amaran Awal : Lps ni mmg byk cite pasal persiapan majlis pertunangan, so sile muntah kepada yg alergic. bye

++manis2pahit++

Wednesday, February 10, 2010

meow meow..ape khabar

salam hai hai hai hai,

selamat umur baru untuk abah, kak lang, yasmin dan aina, ramainye birthday bulan 2 ni, nak ckp tahun baru pon dah terlambat, sbb dah sebulan lbh bermalasan nak taip ape ape, dan sbb keje kat opis dah bertambah.balik keje plak sibuk poxopoxo, padahal smpai hari ni xkurus pon lagi, xpon sibuk berfikir sampai naik pening, berangan nak bagi semua bende nampak sempurna.

ok lepas ni byk bende nak cite, cerita geli geliman dan cerita pening" sbb ade byk keje part time aku kene buat.hahaha

sedap plak buah peach ni.teringin

++manis2pahit++