Tuesday, April 27, 2010

Dugaan datang dan pergi

Dulu aku mmg hanya pasang telinga je kalau org cerita pasal dugaan org nak bertunang, dugaan nak membina masjid, dugaan org ketiga la, dugaan nafsu la. Dan aku tak pernah terfikir pon bende mcm ni satu hari nnt boleh jadi jgk dekat sesape termasuk aku.Dugaan dtg dlm pelbagai bentuk.Baru-baru ni bile kedua belah keluarga dah tetap tarikh bertunang, ttbe mak aku perlu menjalani pembedahan batu karang, dan mase tu aku cume fikir mungkin masuk wad 3hari sahaja. Seminggu sebelum mak aku masuk wad, kakak aku selaku tukang masak majlis sakit dan die mmg xboleh buat kerja berat, kene berehat dan tak boleh jadi chef kenduri aku.Mak aku masuk wad 19hb April, dan pembedahan pada 21hb April, mmg ade lebih kurang 8hari je lagi mak aku nak recover untuk kenduri, maklumla kenduri masak sendiri ni memacam kerja kene buat dan dekat kg mmg takde persiapan ape pon lagi. Pembedahan mengeluarkan batu karang berjaya tapi disebabkan bius separuh badan (aku tak tau istilah kedoktoran) menyebabkan tengkuk dan pinggang mak aku jadi kejang, tak boleh byk bergerak dan kene baring tanpa bantal selama beberapa hari. 4hari selepas tu baru ade tanda-tanda sembuh dah boleh bgn tapi tetap x boleh buat kerja ape. 6hari di wad, selama tu jgk aku fokus utk mak aku sembuh semula, risau sbb setiap kali mak ddk nak mkn atau minum, terus jadi saket kelapa, tengkuk dan pinggang, doktor pesan minum kopi bbyk, kalo tak sembuh mungkin akan buat rawatan lanjutan yg berisiko jgk.
Alhamdulillah, sabtu dah dapat kebenaran keluar wad dan pagi Isnin mak abah aku balik kg utk persiapan kenduri. Kemungkinan besar akan upah org memasak dan berdoa semuanye selamat dan berjalan lancar.

Opss hantaran tak siap lagi.

++manis2pahit++

No comments: