Showing posts with label Emak. Show all posts
Showing posts with label Emak. Show all posts

Friday, June 26, 2009

dia datang..

dia datang..dgn lengang lenggoknya..dia datang..lagu mdkilau
semalam rajin aku dah balik dari bercuti, basuh baju 2 trip, sidai baju, kemas bilik, kemas alat mekap, siap bersihkan handbag yg x pakai lagi, tapi paling mengagumkan aku iron baju mlm tu dan sekarang pakai kemeja..iron baju tu, anjakan paradigma.. (SelamaHarimalasSelaluSaukBajuYgTakPerluIron). Tahniah Asmida.

dan kenapa jadi rajin, sebab esok mak abah nak balik kg, sebab hari ni Mr.Azmi datang sini.
mcm sedih plak makAbah nak balik,kalo boleh aku nak makAbah ade dpn mata, dah lame dieorg duduk sini, aku plak x dpt hantar.tapi makAbah faham, aku bukan sengaja. tapi aku happy jgk sbb hari ni nak jmp Azmi..sape yg pernah pjj mst faham ape perasaan aku.Aku harap sgt die dpt keje kat sini..i wish..

++manis2pahit++

Thursday, May 28, 2009

Uniquely Singapore & SIRT for liver cancer

1st time nak pegi Singapura ni, bukan holiday tapi meneman abah dan emak ke sana. Everything is clear, tunggu schedule plan dari Singapore General Hospital je ni. Sebenarnya abah aku akan menjalani terapi yg dipanggil SIRT - Selective Internal Radiation Therapy atau dlm bahasa melayu dipanggil Terapi Radiasi Dalaman Terpilih. Terapi ni juga merupakan case study di mana SIRT akan digabungkan dgn penggunaan Sorafenib. Harap terapi yg dijalankan akan memberi hasil positif dan perjalanan kami bertiga selamat dari sebarang penyakit lain dan gangguan. Abah perlu semangat yg kuat, tabah dan kita satu keluarga perlu yakin & tawakal.

Check List
1. Flight ticket dgn invoice original - Ready
Pegi - 01062009 - 9.45 a.m
Waktu - 1 - 2 minggu
Balik - Xtau lagi, open ticket so xyah risau bila balik
2. Contact Person & Number - Ready
Map - dah print, harap driver taxi kat sane membantu
Tempat makan - kat sane baru fikir (bwk magi bbyk)
3. Schedule Plan - Hosp Selayang blum email kan lagi
4. Tukar duit - belum lagi, rate tgh xbest
5. Top Up dgn byknya - belum lagi
6. Kasut sedap nak berjalan - belum beli (mengade jer mcm xde kasut)
7. Luggage - belum terusik ape pon
8. Ubat - Last check on Sunday
9. Surat cuti - approved untuk 1hb - 12th June, tapi bos harap aku dpt balik sebelum oga exchibition (9th - 12th June 09), aku cube..
10. Keje kat ofis - banyak lagi belum siap, pening..
11. Perasaan - Sedikit risau sbb tgh H1N1 dan risau sebab abah nak buat terapi ni
12. Harapan - aku harap sgt abah aku akan selamat dan sehat seperti sediakala
13. Random - Nnt family yg lain siapkan

Note : InsyaAllah aku akan buat ape saja yg terbaik samada dari segi tumpuan, masa dan ape jer yg termampu untuk abah dan mak. Doakan perjalanan kami sempurna.

++manis2pahit++

Thursday, February 26, 2009

a pain of my lover - My Father

Lately, i'm too busy with my own lifestyle, busy trying to fill all the form for gov jobs before the closing date (walaupon tekanan dengan web yg lembab dan mcm harem jer), busy with streamyx line to search medition herb for my lover. I means, medition herbs for my father and mother and every each day i hope and pray that my father can be more stronger to fight the illness. Let me story the true of my worried till now.

My Father

Pada 16 February 2009, abah ke Hospital Selayang untuk temujanji dengan doktor pakar hati. Dua org kakak ku, seorg abg ipar ku dan emak mengikut sama. Di situ abah diterangkan oleh doktor mengenai status kesihatannya, berita kesihatan yang menakutkan, mengejutkan dan menyedihkan kami sekeluarga. Doktor pakar hati mengatakan abah ku menghidap KANSER HATI di mana hatinya telah lama rosak. Telah lama tapi kenapa baru sekarang dapat tahu, kenape bukan dulu lagi masa abah ulang-alik ke hospital, kuar masuk wad, buat mcm" ujian, kenapa dari dulu tak bagitau sebarang kemungkinan penyakit setelah tengok rekod kesihatan abah yang dah dua tahun. Patut la sebelum raya tahun lepas abah saket teruk, betul" sehari sebelum raya baru doktor bagi keluar wad, mase tu kami tak tau ape" cume diberitahu abahku mengalami bengkak hati. Aku cube cari kesalahan orang lain kerana mase tu aku tak boleh terima hakikat. Aku sedih sangat bila lihat abah menjadi muram, pendiam dan tak lalu makan, abah masih terkejut dengan apa yang terjadi ke atasnya. Aku lagi sedih bila lihat emakku menangis kerana risaukan abah sedangkan emak pon menghidap pelbagai penyakit. Aku sangat buntu, Xtau nak buat ape, ape yang perlu aku bantu sebagai seorang anak yang telah banyak menerima jasa abahku, ape yang perlu aku lakukan untuk menguatkan semangat kedua ibu bapaku, ape yang perlu aku cari untuk mengubatkan penyakit abahku..ape lagi yang aku perlu fikirkan yang terbaik untuk abah ku..aku tak sanggup nak tengok abah menderita..aku takut sesuatu yang buruk akan berlaku...

Malam tu aku berdoa supaya diberi kekuatan untuk mengharungi dugaan ini, supaya diberi semangat untuk membantu abah, supaya diberi akal yang sihat untuk berfikir dengan baik..Alhamdulillah aku bangun dengan kesedaran baru, di mana aku perlu redha, aku perlu mengakui bahawa dugaan ni untuk menguji keupayaan kita. Aku mula sibuk mencari pelbagai rawatan alternative lain (bukan bomoh yer), maksudku perubatan seperti herba, pemakanan kesihatan, maklumat untuk penyakit kanser hati, ape yang perlu dilakukan, pemakanan pantang untung menghalang perkembangan sel kanser dan cara untuk jadikan abah ku seorang 'survivor' dalam penyakitnya. Aku cetak pelbagai maklumat, mencari dalam majalah, web dan blog..aku cube mencari pokok herba di kedai pokok, tapi mmg susah nak dapat sebab setakat ni aku belum jumpa lagi kedai menjual pokok herba..InsyaAllah aku akan cari lagi hujung minggu ni.

20hb February 2009..genapla usia abah,62tahun yang penuh kegembiraan, kepayahan, kesetiaan, kesungguhan, kesanggupan, kebaikan yang kami terima dari abah. Aku sangat bersyukur kerana diperolehi seorang abah yang sangat mencintai isteri nya dan sangat menyayangi anak"nya.Terima kasih abah, segala pengorbanan abah tak akan dapat ayang balas. (ohh sape ayang..aku..hehe). Malam 21hb February, malam bbq sempena menyambut harijadi abah, aina, yasmin dan kak lang. Aku lihat abah ku semakin pulih semangatnya, sudah boleh menerima dugaan ni, dan katanya akan cube berusaha untuk pulih demi dirinya, isterinya, anak"nya dan keluarganya yang besar. Aku terangkan kepada abahku, apa yang perlu dilakukan, makanan apa yang patut ape yang tidak, terangkan rawatan yang mungkin akan doktor lakukan dan kesannya.Aku perlu terangkan supaya aku mahu abah ku betul" bersedia untuk menjalani sebarang kemungkinan rawatan kemoterapi ataupon radioterapi yang semestinya kita tahu mempunyai komplikasi yang lain selain mengubati.

InsyaAllah, 9hb March nnt aku akan ambil abah dan emak untuk tinggal dengan anak" dan cucu mereka. Semangat dari keluarga akan membantu abahku untuk pulih. InsyaAllah..


Gambar tahun lepas sebelum raya. I love both of them so so much.

++manis2pahit++