Monday, July 5, 2010

Kunjungan Kehormat ke Johor

Dah lame tak tingalkan jejak kat sini..mcm takde mood dan takde idea
Kunjungan Kehormat Asmida..ok perasan menteri sbb mase sampai kat Kluang, Johor dieorg tgh sibuk dgn kunjungan TMJ, Tengku Mahkota Johor melawat rakyatnya. Cerita basi berminggu lepas.

Kawasan laluan ke kg, seram time malam

25,26,27 & 28 June 2010
Buat pertama kalinya aku sampai dkt kg tunangku, buat kali keduanya aku berjumpa keluarga dia.Pertama kali jumpa mase bertunang, mcm org dedulu pulak ye style kiteorg, padahal bercinta dah dekat 6 tahun. Perancangan nak dtg ke kg Azmi ni dah lame, sblm rancang nak bertunang lagi, pastu asyik tangguh je sebab aku sibuk, die sibuk, jauh pulak tu, nanti kene bermalam kat sana la itu la ini la.Tangguh punya tangguh kene datang lepas bertunang dan rasenye mmg lagi manis sket sebab dah ade status kan. Siap tido 3hari 3 malam lagi, konon cuti cuti Malaysia.Tunang plak siap excited lagi, semua tmpt la die nak bawak, sepanjang jalan bercerita itu ini dan aku kene paksa buat suara 'oooo' maksud faham walaupon skrng masih blur jalan itu ini.hehe..comel je mulut membebel die sepanjang jalan siap detail lagi dah mcm tourist guide.

Muke tanda faham dan spongebob berkata 'ooo'

Bersama kawan saya Miss.Spongebob

Seronok tgk penerimaan keluarga die, suasana kampung, mandi sejuk, ade kucing, nampaklah ayam lembu, ade sungai, kebun belakang rumah, pg umah mak sedara, ade pokok pucuk sayur manis (malu sbb aku tak tau pokok ape tu), borong kerepek dkt air hitam, siap beli bantal macam dkt umah aku takde jual bantal, pg Jusco Tebrau terbesar, pg Danga Bay, tmpt kerja Azmi, lalu umah sewa die, Kluang Railway cafe. Dan bakal mak mentua turunkan ilmu buat sambal belacan Jawa.hehe..Ok kene tambah ilmu masakan.

Muke masam Mr.Tunang sbb Miss Spongebob tak larat sebut 'ooo'

Konon model Jusco Tebrau

Thank you Mohd Azmi, jauh perjalan luas pemandangan.Kesian penat 4kali perjalanan pegi balik yg jauh.

I Love U.

++manis2pahit++

Saturday, May 15, 2010

Interview kali ke 6

Bersungguh aku nak dpt keje gomen tapi setiap kali dpt result mcm mls nak apply lg.Aku bukan ape nak keje gomen sbb aku nak kerja bahagian yg aku belajar dulu, sbb aku lagi minat dgn civil eng daripada mechi/electronic/instrumentation eng dan mungkin sbb pengaruh majoriti kawan aku dah dpt kerja yg aku apply. Aku harap tahun ni aku dpt keje ni, tapi kebarangkalian tu mcm sama je dgn sblm ni, ape pon aku kene redha. Kalau dpt tahun ni mmg rezeki aku baik, sbb tahun dpn aku nak kawin dan aku xnak duduk jauh lagi dgn Azmi.Bercinta jauh takkan dah kawin pon jauh.hmm..Semalam kali ke 6 aku pg temuduga.

Sbnrnye tgh emo dgn gigi bongsu ni degil nak keluar ke xnak, anak bongsu mmg ramai org ckp degil tapi kenapa gigi bongsu pon degil dan saket.

Malam tadi rase sedih, kenape bende kecik nak bergaduh,marah atau anything yg menyakitkan hati, cube la tanam sifat sabar dlm diri, byk lagi bende lain kite akan lalui. Masa yg panjang rasenya dah cukup utk sesorang tu mengenali hati budi org lain dan tau ape yg die suke ataupon x.Saya cube utk tidak menyuarakan apa yg saya suke lain kali, saya cuba, setakat hari ni saya dah tawar nak cerita bende tu lagi, esok lusa x tau la mungkin saya akan kongsi bende ni seorg diri.Hargai apa yg kita ada dan terima seadanya sebagaimana yg kita janji, cube la belajar mengambil hati org yg kita sayangi selagi bende tu x membebankan.Seorang lelaki yang memberi layanan baik kepada seorg wanita,InsyaAllah wanita itu akan hargai dan akan membalas layanan baik berkali ganda lbh dari apa yg die pernah dpt.Anyway, thanks sbb pujuk dan saya bersyukur dipertemukan dgn seorang yg cube berusaha ke arah kehidupan yg lbh bahagia.Love u.

- Tgh biasakan diri dgn panggilan baru bf kepada tunang.
- Ganti diri aku atau saya mmg kene letak pada tnpt yg sesuai, supaya penyampaian dpt disampaikan.

++manis2pahit++

Wednesday, May 5, 2010

Alhamdulillah - Tunangan Orang

1hb Lima 2010

Syukur Alhamdullilah, Majlis Pertunangan ku berjalan dengan lancar dan selamat.
Satu langkah ke hadapan dlm perhubungan kita.ewahh hehe..
Ape pon terima kasih terutama sekali dekat mak abah, keluarga yg plng sibuk menyediakan makanan melayan tetamu mengemas rumah, Mohd Azmi dan keluarganya, my lovely friends yg dtg Eena, Fara, Ainil, Hidayah, Noly, Kak Ela, Kak Azah, Kak Intan, Poyang, Aja, Ema ehh ramai lagi dan semua tetamu yg hadir.
Terharu sgt sebab majlis saya meriah, abah siap sponser 2 khemah, makanan nyummy sedap teringat sampai sekarang. Aku siap mkn 2 kali lps majlis, pastu mlm makan lagi, melampau di situ. Apsal cerita pasal makan ni.heh..Dan terima kasih dekat jiran-jiran yg sudi bagi extra hantaran dekat Azmi, sukelah die dpt makan kek dengan chocholate banyak.

Fiancee & Fiance

Letak 1 gambar dulu, nnt ade mase baru upload gambar lain, cerita sepanjang majlis pon ade memacam style.

++manis2pahit++

Wednesday, April 28, 2010

Esok balik kg

Selepas berhempas pulas 2,3 hari ni tido lambat nak siapkan barang hantaran akhirnya siap jgk, walaupon dikutuk oleh kakak ku sbb hantaran simple sgt, mmg tak sempat la nak tukar kalau korang kutuk mcm mane pon. dan yang penting ade aku kesah..cakcakcak..(azwan ali, fara minat) Hari ni rase happy tak sabar nak balik kg, excited nak bertunang belum dtg lagi, tapi ni excited nak balik kemas umah, kemas bilik, nak pegi kedai mak andam Sam Collection sbb warna veil tak sesuai dgn baju, nak jmp mak abah dengan mmg rindu dekat kg sbb dah lama tak balik. Malam ni nak ambil chocolate, esok pagi nak ambil cupcake dan harap sgt jangan la aku sesat, pastu ambil anak dara kecik ika teman aku balik kampung.

Sabtu nanti mesti baru datang perasaan seram sejuk, nervous, gembira, perasan cantik, takut, risau, blur dan memacam perasaan. Boleh agak sbb aku mmg mcm ni selalunye. Eena, Dayah dan Fara kalau sempat jgn lupe teman aku mase kene makeover, pastu boleh jadi juri tetap komen.

Doa semuanye selamat dan berjalan lancar.bye




Alololo..comel. Diambil dari gugel image

++manis2pahit++

Tuesday, April 27, 2010

Dugaan datang dan pergi

Dulu aku mmg hanya pasang telinga je kalau org cerita pasal dugaan org nak bertunang, dugaan nak membina masjid, dugaan org ketiga la, dugaan nafsu la. Dan aku tak pernah terfikir pon bende mcm ni satu hari nnt boleh jadi jgk dekat sesape termasuk aku.Dugaan dtg dlm pelbagai bentuk.Baru-baru ni bile kedua belah keluarga dah tetap tarikh bertunang, ttbe mak aku perlu menjalani pembedahan batu karang, dan mase tu aku cume fikir mungkin masuk wad 3hari sahaja. Seminggu sebelum mak aku masuk wad, kakak aku selaku tukang masak majlis sakit dan die mmg xboleh buat kerja berat, kene berehat dan tak boleh jadi chef kenduri aku.Mak aku masuk wad 19hb April, dan pembedahan pada 21hb April, mmg ade lebih kurang 8hari je lagi mak aku nak recover untuk kenduri, maklumla kenduri masak sendiri ni memacam kerja kene buat dan dekat kg mmg takde persiapan ape pon lagi. Pembedahan mengeluarkan batu karang berjaya tapi disebabkan bius separuh badan (aku tak tau istilah kedoktoran) menyebabkan tengkuk dan pinggang mak aku jadi kejang, tak boleh byk bergerak dan kene baring tanpa bantal selama beberapa hari. 4hari selepas tu baru ade tanda-tanda sembuh dah boleh bgn tapi tetap x boleh buat kerja ape. 6hari di wad, selama tu jgk aku fokus utk mak aku sembuh semula, risau sbb setiap kali mak ddk nak mkn atau minum, terus jadi saket kelapa, tengkuk dan pinggang, doktor pesan minum kopi bbyk, kalo tak sembuh mungkin akan buat rawatan lanjutan yg berisiko jgk.
Alhamdulillah, sabtu dah dapat kebenaran keluar wad dan pagi Isnin mak abah aku balik kg utk persiapan kenduri. Kemungkinan besar akan upah org memasak dan berdoa semuanye selamat dan berjalan lancar.

Opss hantaran tak siap lagi.

++manis2pahit++