Thursday, February 26, 2009

a pain of my lover - My Father

Lately, i'm too busy with my own lifestyle, busy trying to fill all the form for gov jobs before the closing date (walaupon tekanan dengan web yg lembab dan mcm harem jer), busy with streamyx line to search medition herb for my lover. I means, medition herbs for my father and mother and every each day i hope and pray that my father can be more stronger to fight the illness. Let me story the true of my worried till now.

My Father

Pada 16 February 2009, abah ke Hospital Selayang untuk temujanji dengan doktor pakar hati. Dua org kakak ku, seorg abg ipar ku dan emak mengikut sama. Di situ abah diterangkan oleh doktor mengenai status kesihatannya, berita kesihatan yang menakutkan, mengejutkan dan menyedihkan kami sekeluarga. Doktor pakar hati mengatakan abah ku menghidap KANSER HATI di mana hatinya telah lama rosak. Telah lama tapi kenapa baru sekarang dapat tahu, kenape bukan dulu lagi masa abah ulang-alik ke hospital, kuar masuk wad, buat mcm" ujian, kenapa dari dulu tak bagitau sebarang kemungkinan penyakit setelah tengok rekod kesihatan abah yang dah dua tahun. Patut la sebelum raya tahun lepas abah saket teruk, betul" sehari sebelum raya baru doktor bagi keluar wad, mase tu kami tak tau ape" cume diberitahu abahku mengalami bengkak hati. Aku cube cari kesalahan orang lain kerana mase tu aku tak boleh terima hakikat. Aku sedih sangat bila lihat abah menjadi muram, pendiam dan tak lalu makan, abah masih terkejut dengan apa yang terjadi ke atasnya. Aku lagi sedih bila lihat emakku menangis kerana risaukan abah sedangkan emak pon menghidap pelbagai penyakit. Aku sangat buntu, Xtau nak buat ape, ape yang perlu aku bantu sebagai seorang anak yang telah banyak menerima jasa abahku, ape yang perlu aku lakukan untuk menguatkan semangat kedua ibu bapaku, ape yang perlu aku cari untuk mengubatkan penyakit abahku..ape lagi yang aku perlu fikirkan yang terbaik untuk abah ku..aku tak sanggup nak tengok abah menderita..aku takut sesuatu yang buruk akan berlaku...

Malam tu aku berdoa supaya diberi kekuatan untuk mengharungi dugaan ini, supaya diberi semangat untuk membantu abah, supaya diberi akal yang sihat untuk berfikir dengan baik..Alhamdulillah aku bangun dengan kesedaran baru, di mana aku perlu redha, aku perlu mengakui bahawa dugaan ni untuk menguji keupayaan kita. Aku mula sibuk mencari pelbagai rawatan alternative lain (bukan bomoh yer), maksudku perubatan seperti herba, pemakanan kesihatan, maklumat untuk penyakit kanser hati, ape yang perlu dilakukan, pemakanan pantang untung menghalang perkembangan sel kanser dan cara untuk jadikan abah ku seorang 'survivor' dalam penyakitnya. Aku cetak pelbagai maklumat, mencari dalam majalah, web dan blog..aku cube mencari pokok herba di kedai pokok, tapi mmg susah nak dapat sebab setakat ni aku belum jumpa lagi kedai menjual pokok herba..InsyaAllah aku akan cari lagi hujung minggu ni.

20hb February 2009..genapla usia abah,62tahun yang penuh kegembiraan, kepayahan, kesetiaan, kesungguhan, kesanggupan, kebaikan yang kami terima dari abah. Aku sangat bersyukur kerana diperolehi seorang abah yang sangat mencintai isteri nya dan sangat menyayangi anak"nya.Terima kasih abah, segala pengorbanan abah tak akan dapat ayang balas. (ohh sape ayang..aku..hehe). Malam 21hb February, malam bbq sempena menyambut harijadi abah, aina, yasmin dan kak lang. Aku lihat abah ku semakin pulih semangatnya, sudah boleh menerima dugaan ni, dan katanya akan cube berusaha untuk pulih demi dirinya, isterinya, anak"nya dan keluarganya yang besar. Aku terangkan kepada abahku, apa yang perlu dilakukan, makanan apa yang patut ape yang tidak, terangkan rawatan yang mungkin akan doktor lakukan dan kesannya.Aku perlu terangkan supaya aku mahu abah ku betul" bersedia untuk menjalani sebarang kemungkinan rawatan kemoterapi ataupon radioterapi yang semestinya kita tahu mempunyai komplikasi yang lain selain mengubati.

InsyaAllah, 9hb March nnt aku akan ambil abah dan emak untuk tinggal dengan anak" dan cucu mereka. Semangat dari keluarga akan membantu abahku untuk pulih. InsyaAllah..


Gambar tahun lepas sebelum raya. I love both of them so so much.

++manis2pahit++

Thursday, February 12, 2009

aku tak faham

aku tak faham kenape bos suruh aku claim duit elaun aku ttiap bulan..kenape yer die tak nak masukkan sekali dlm gaji aku, kan senang sekali harung jer..mcm pelik la...

ke sebab die tak nak org lain kedengki (ayat sifu & tongga) kat aku...

malas plak nak ke bank...tapi senyum meleret bile duit dah masuk...yebaaa...

++manis2pahit++

cerita hantu di siaran

sekarang ni dah terlampau banyak cerita hantu kat siaran tv3 dan astro..aku suke cerita hantu, rase mcm suspen sambil memegang bantal, kekadang aku membuat exercise jari semase menonton, telapak tangan menghampiri mata kemudian mulakan dgn mjarakkan jari dan rapatkan jari sepanjang cerita..

Xkesah la cite melayu, omputih, tamil, cine mahupon hindustan, kalo cite hantu rase mcm bess jer nak tau citenyer...walaupon cite hantu melayu kkadang nampak mcm spastik dan ala kelakar hantunye tapi keadaan sekeliling mcm hampir same dan aku boleh rase takut bile nak tidur...

motip aku sebenarnyer nak bagitau, sekarang aku dah mengelak tgk cite hantu sbb sejak duk bujang ni, aku mcm seram jer, tambah plak housemate aku suke balik ttgh mlm mahupon pagi..nak tido jer mate mst gatal nak pandang tingkap yang langsirnyer terangkat" kene angin kipas,sampai terpaksa pure" fikir keseronokan duniawi yang lain sampai tertido..apesal skrng aku mcm penakut jer...huhh...

++manis2pahit++

Saturday, February 7, 2009

A moment to remember - Love

Sabtu, Ahad dan Isnin
31 Jan, 1 & 2 Feb 2009


Nurul Asmida & Mohd Azmi



















you're of a kind that's all i can say
you're the one that brightens up my day
& you're the one that i miss every day...

++manis2pahit++

Sunday, February 1, 2009

Berpisah...So Sad :-(

1st day...
Pagi ni aku tersedar, dan terus teringat ape yang aku buat dan jadi sepanjang hari semalam. Air mata turun setitik .......dan setik...laju...dan bila aku teringat aqil ajak aku balik...aku x dpt nak kawal sedih aku...

Semalam....
Sepanjang pagi sampai ke tghari aku mengemas, mop lantai, lap kipas..aku nak pindah dlm keadaan yang tidak menyusahkan ssape terutama kak lang aku.Aku bagitau yong dan family die pon nak ikut same, family kak lang pon nak hantar aku, kak cik plak sibuk mmasak sebab kami akan singgah di rumah die selepas aku hantar barang..4 ptg aku jmp azmi dan die akan tido di rumah kak cik aku smpai hari isnin..thanks abg dtg dari jauh untuk temankan syg...

5 ptg..kami bergerak ke rumah baru aku, tak jauh mane, tapi aku ttp tak boleh peluk aqil bile mlm aku rase sunyi nnt...nnt aku akan tinggal berdua dgn kak ida, rumah tu sederhana besar, utk org bujang mcm kami ni mmg selesa, tingkat 3 dan kene naik tangga, harap2 trun la kilo bdn lps ni..settle pembayaran, kunci, angkat barang, kami gerak ke rumah kak cik, aku tumpang tido umah kak cik sampai isnin.

Family yong balik dulu mlm tu, lepas tu kak lang bersiap nak balik, aku dah mula sebak, aku rase bersalah plak dan aku tau aku akan rindukan anak-anak die..Aku peluk kak lang, minta ampun maaf, halalkan makan minum aku, dan ckp terima kasih sbb jage aku..tak tau kenape rase sedih sgt dan tak malu sebab nangis depan azmi dan mak mentua kak lang yang ikut same..sedih....yasmin dan aqil peluk aku, aqil ckp kat aku dah la maksu, knape nangis...dieorg turun tangga, ttibe aqil naik balik dan cari aku ajak balik, mase ni air mata aku turun laju lagi dan aku peluk die kuat", maksu tinggal sini aqil, nnt jgn nakal" yea..dan die mcm faham dan tinggalkan aku..Part ni yang aku akan ingat time aku sunyi..

Mlm tu aku hanya mngadap pc, tgk facebook, friendster, tgk blog, cari ubat kurus badan..termenung dan terus tido....

Pagi ni hilang lagi kkuatan aku...menangis lagi...asmida, please jgn sedih lagi..untuk ssuatu yang baru kite perlukan korbankan ssuatu..dan kite bukan nyer kehilangan mereka cume kita berjauhan dari mereka...Insyaallah aku akan kuat...Terima kasih kepada keluarga aku atas pertolongan, kegembiraan, kesusahan dan yang aku nampak sgt sekarang ni KASIH SAYANG mereka..Terima kasih azmi sbb sudi temankan,mmbantu dan gembirakan hati syg dan yang aku nmpak skrng ni family aku dah menerima dia....

Emak, abah...aku nak call skrng....

p/s : aku mmg sensitive dari dulu lagi bile time berpisah, bukan dgn keluarga saje tetapi dgn kawan" yang rapat pon same...mungkin kawan" aku ramai yang dah faham...

++manis2pahit++