Thursday, February 26, 2009

a pain of my lover - My Father

Lately, i'm too busy with my own lifestyle, busy trying to fill all the form for gov jobs before the closing date (walaupon tekanan dengan web yg lembab dan mcm harem jer), busy with streamyx line to search medition herb for my lover. I means, medition herbs for my father and mother and every each day i hope and pray that my father can be more stronger to fight the illness. Let me story the true of my worried till now.

My Father

Pada 16 February 2009, abah ke Hospital Selayang untuk temujanji dengan doktor pakar hati. Dua org kakak ku, seorg abg ipar ku dan emak mengikut sama. Di situ abah diterangkan oleh doktor mengenai status kesihatannya, berita kesihatan yang menakutkan, mengejutkan dan menyedihkan kami sekeluarga. Doktor pakar hati mengatakan abah ku menghidap KANSER HATI di mana hatinya telah lama rosak. Telah lama tapi kenapa baru sekarang dapat tahu, kenape bukan dulu lagi masa abah ulang-alik ke hospital, kuar masuk wad, buat mcm" ujian, kenapa dari dulu tak bagitau sebarang kemungkinan penyakit setelah tengok rekod kesihatan abah yang dah dua tahun. Patut la sebelum raya tahun lepas abah saket teruk, betul" sehari sebelum raya baru doktor bagi keluar wad, mase tu kami tak tau ape" cume diberitahu abahku mengalami bengkak hati. Aku cube cari kesalahan orang lain kerana mase tu aku tak boleh terima hakikat. Aku sedih sangat bila lihat abah menjadi muram, pendiam dan tak lalu makan, abah masih terkejut dengan apa yang terjadi ke atasnya. Aku lagi sedih bila lihat emakku menangis kerana risaukan abah sedangkan emak pon menghidap pelbagai penyakit. Aku sangat buntu, Xtau nak buat ape, ape yang perlu aku bantu sebagai seorang anak yang telah banyak menerima jasa abahku, ape yang perlu aku lakukan untuk menguatkan semangat kedua ibu bapaku, ape yang perlu aku cari untuk mengubatkan penyakit abahku..ape lagi yang aku perlu fikirkan yang terbaik untuk abah ku..aku tak sanggup nak tengok abah menderita..aku takut sesuatu yang buruk akan berlaku...

Malam tu aku berdoa supaya diberi kekuatan untuk mengharungi dugaan ini, supaya diberi semangat untuk membantu abah, supaya diberi akal yang sihat untuk berfikir dengan baik..Alhamdulillah aku bangun dengan kesedaran baru, di mana aku perlu redha, aku perlu mengakui bahawa dugaan ni untuk menguji keupayaan kita. Aku mula sibuk mencari pelbagai rawatan alternative lain (bukan bomoh yer), maksudku perubatan seperti herba, pemakanan kesihatan, maklumat untuk penyakit kanser hati, ape yang perlu dilakukan, pemakanan pantang untung menghalang perkembangan sel kanser dan cara untuk jadikan abah ku seorang 'survivor' dalam penyakitnya. Aku cetak pelbagai maklumat, mencari dalam majalah, web dan blog..aku cube mencari pokok herba di kedai pokok, tapi mmg susah nak dapat sebab setakat ni aku belum jumpa lagi kedai menjual pokok herba..InsyaAllah aku akan cari lagi hujung minggu ni.

20hb February 2009..genapla usia abah,62tahun yang penuh kegembiraan, kepayahan, kesetiaan, kesungguhan, kesanggupan, kebaikan yang kami terima dari abah. Aku sangat bersyukur kerana diperolehi seorang abah yang sangat mencintai isteri nya dan sangat menyayangi anak"nya.Terima kasih abah, segala pengorbanan abah tak akan dapat ayang balas. (ohh sape ayang..aku..hehe). Malam 21hb February, malam bbq sempena menyambut harijadi abah, aina, yasmin dan kak lang. Aku lihat abah ku semakin pulih semangatnya, sudah boleh menerima dugaan ni, dan katanya akan cube berusaha untuk pulih demi dirinya, isterinya, anak"nya dan keluarganya yang besar. Aku terangkan kepada abahku, apa yang perlu dilakukan, makanan apa yang patut ape yang tidak, terangkan rawatan yang mungkin akan doktor lakukan dan kesannya.Aku perlu terangkan supaya aku mahu abah ku betul" bersedia untuk menjalani sebarang kemungkinan rawatan kemoterapi ataupon radioterapi yang semestinya kita tahu mempunyai komplikasi yang lain selain mengubati.

InsyaAllah, 9hb March nnt aku akan ambil abah dan emak untuk tinggal dengan anak" dan cucu mereka. Semangat dari keluarga akan membantu abahku untuk pulih. InsyaAllah..


Gambar tahun lepas sebelum raya. I love both of them so so much.

++manis2pahit++

6 comments:

e.t.t.y said...

aku sedih...kau faham kan kalo berkaitan ng father ni...

HidupItuManis said...

ye aku faham..thanks eti sebab memahami dan mendoakan untuk abah aku..thanks for your spirit as my friends..sayang kat ko.

HidupItuManis said...

eti : knape aku tak boleh post comment kat tmpt ko yer..

e.t.t.y said...

ntah...aku pun tak tau...nti jap g aku check

e.t.t.y said...

heheh...aku da check da. tak tau la kenapa. adala tu aku teralter sendiri pastu terlupa nk betulkan camne...

HidupItuManis said...

to Madihays..thanks for your support..sekarang mmg saya fikir bukan masa untuk bersedih, saya kene kuat semangat supaya parent saya lebih tabah..InsyaAllah saya dgn keluarga yg lain akan berusaha yg terbaik untuk abah saya, kita kene berusaha kemudian sentiasa bertawakal kan..thanks again.